Kaca Mata Pintar Vivo AR Glass Akan Diperkenalkan Pada Minggu Ini Comments Off on Kaca Mata Pintar Vivo AR Glass Akan Diperkenalkan Pada Minggu Ini 337

Vivo hari ini telah berkongsi beberapa keping gambar memperlihatkan kaca mata pintar mereka tersendiri yang dinamakan Vivo AR Glass. Kaca mata realiti tambahan (Augmented Reality) ini dilaporkan akan diperkenalkan di acara MWC Shanghai pada minggu ini.

Tidak banyak yang dikongsikan oleh pihak Vivo berkenaan kaca mata ini tetapi berdasarkan poster, ia bakal dilengkapi skrin 3D disamping sokongan sudut pandangan sehingga 111-darjah.

Daripada segi rekaan pula, kaca mata ini menunjukkan rekaan tangkai yang melekap pada kepala dan bahagian modul yang lebih kompak. Ia sekaligus memberikan paras rupa yang lebih elegan serta mudah dipakai.


Apa-apapun kita tunggu sehingga pengumuman rasmi oleh pihak Vivo dalam acara MWC Shanghai yang akan berlangsung bermula esok, 26 hingga 29 Jun 2019.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend