Jutaan Pelajar Termanfaat Dari Aktiviti Bermain Game Comments Off on Jutaan Pelajar Termanfaat Dari Aktiviti Bermain Game

Mengubah persepsi dan ‘kelong’ fikiran bukan benda yang mudah. Namun ia tetap harus dilakukan supaya kita dan generasi seterusnya kekal relevan dalam arus perubahan.

Hubung kait di antara permainan video dengan pembaziran masa harus mula diceraikan, khususnya di dalam lingkungan pemikiran masyarakat kita. Ketepikan dahulu isu tentang kita meniru budaya barat mahupun mengagungkan corak hidup di sana, tetapi perlahan-lahan mengadaptasi sebuah corak yang bakal menjadikan kita negara yang mampu bersaing, sekurang-kurangnya dari segi teknologi.

Ibu-bapa di negara-negara barat amat terbuka kepada idea pembelajaran menerusi permainan video, di mana salah satu saluran akademik yang cukup popular adalah pembelajaran coding melalui permainan Minecraft. Kursus pembelajaran ini ditawarkan Microsoft dan juga Code. org. Hasilnya jutaan pelajar sudah pun mahir dan mempunyai asas kukuh di dalam teknik coding yang secara langsung memberikan impak positif kepada kemampuan akademik mereka.

Kerajaan Malaysia sudah pun menerapkan pembelajaran coding ke dalam silibus pembelajaran, namun adakah impaknya cukup berkesan? atau sekadar menjadi pelengkap di dalam jadual akademik. Pembelajaran secara sukarela yang boleh dicapai menerusi integrasi permainan video dilihat sebagai jalan terbaik di negara luar bagi memupuk minat dan membina pengetahuan asas yang kukuh. Ia juga menjadi titik rujukan ibu-bapa di sana dalam mengenal pasti potensi anak-anak mereka.

Mungkin sudah tiba masanya generasi ‘ibu-bapa dan penjaga’ berubah dan mengadaptasi konsep pembelajaran melalui permainan video di rumah.

Sekiranya anda berminat, ini laman pembelajaran coding menerusi Minecraft.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend