Jualan Xiaomi Mi MIX Alpha Berharga Hampir RM12k Telah Ditunda Ke Tarikh Yang Tidak Diketahui Comments Off on Jualan Xiaomi Mi MIX Alpha Berharga Hampir RM12k Telah Ditunda Ke Tarikh Yang Tidak Diketahui

Pada September 2019 yang lepas, Xiaomi telahpun melancarkan telefon pintar yang menampilkan rekaan unik dengan sokongan skrin penuh pada keseluruhan kerangkanya. Dengan tanda harga CNY19,999 (~RM11,725), Xiaomi sebelum ini telah merancang untuk menjual peranti ini dalam unit terhad bermula Disember 2019 yang lalu.

This slideshow requires JavaScript.

Berdasarkan laporan terbaharu, Xiaomi dilaporkan telah menunda tarikh jualan Mi MIX Alpha dan buat masa ini tiada tarikh spesifik didedahkan berhubung tarikh jualan peranti unik tersebut. Walau bagaimanapun, sebelum ini Xiaomi ada memuat naik sekeping imej acah di Weibo yang mungkin memberi klu ketibaan peranti ini pada Hari Tahun Baru Cina pada 25 Januari nanti.

Mi MIX Alpha yang merupakan peranti konsep ini hadir dengan rekaan skrin 360 darjah yang dikenali sebagai ‘Surround Display’ telah dilengkapi dengan teknologi speaker dalam skrin. Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855 Plus dan juga memori 12GB + 512GB, Mi MIX Alpha dijana oleh bateri 4050mAh dengan teknologi pengecasan pantas 40W.

sumber

Baca juga:

Xiaomi Mi MIX Alpha Turut Diperkenalkan Dengan Nisbah Skrin-Ke-Kerangka Cecah 180.6%

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend