Jualan Telefon Pintar Global Keluaran Huawei Dilaporkan ‘Pulih Dengan Cepat’ – CEO Huawei Comments Off on Jualan Telefon Pintar Global Keluaran Huawei Dilaporkan ‘Pulih Dengan Cepat’ – CEO Huawei 243

Pada pertengahan Jun yang lalu, Bloomberg telah mendedahkan laporan berhubung pengurangan antara 40% hingga 60% untuk jualan global telefon pintar keluaran Huawei. Malah laporan itu turut disahkan benar oleh Ren Zhengfei selaku pengasas dan juga CEO Huawei, dengan mengesahkan penurunan mencecah sehingga 40%.

Walaupun Huawei berhadapan dengan desakan pasaran berikutan sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, Ren Zhengfei telah melaporkan bahawa jualan telefon pintar globalnya dilaporkan telah memperlihatkan perkembangan pasaran yang positif.

Melalui sesi temu ramah dengan CNBC, dia telah berkongsi bahawa jualan telefon pintar Huawei kini hanya mencatatkan penurunan kurang daripada 20% berbanding 40% sebelum ini. Apa yang pasti ia jelas membuktikan bahawa pasaran telefon pintar keluaran Huawei dilihat telah berjaya pulih dalam kadar yang sangat cepat.

Menurutnya lagi, perolehan Huawei untuk tahun 2019 dijangka akan mengalami penurunan daripada USD135 bilion (~RM559 bilion) kepada USD100 bilion (~RM414), namun begitu keuntungan yang dicatatkan adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini.

sumber

Baca juga:

Huawei Mengesahkan Pengurangan Sebanyak 40% Untuk Jualan Telefon Pintar Bagi Pasaran Global

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend