Jualan Pertengahan Tahun ‘HUAWEI Online Official Store’ Tawar Diskaun Dan Hadiah Percuma – Hingga 30 Jun 2019 Comments Off on Jualan Pertengahan Tahun ‘HUAWEI Online Official Store’ Tawar Diskaun Dan Hadiah Percuma – Hingga 30 Jun 2019 438

Bersempena dengan jualan pertengahan tahun yang kini sedang berlangsung, Huawei Malaysia turut tidak melepaskan peluang tersebut dengan menganjurkan promosi eksklusif di HUAWEI Online Official Store.

Sepanjang promosi ini berlangsung, anda boleh memiliki HUAWEI Watch GT pada harga hanya RM799, berbanding harga asal RM899 untuk tali silikon dan RM999 untuk tali kulit. Terdapat lima pilihan warna ditawarkan untuk HUAWEI Watch GT iaitu hitam, jingga, hijau gelap, putih, dan coklat (kulit).

Manakala pembelian model telefon pintar dan komputer riba terpilih iaitu HUAWEI Nova 4e, Nova 4, P30 Pro, Mate 20 X, MateBook X Pro, dan MateBook 13 akan menerima pelbagai hadiah percuma dengan nilai mencecah sehingga RM1,097.

Melalui promosi ini juga, anda boleh memiliki pelbagai aksesori baharu daripada Huawei, termasuklah HUAWEI CM510 Mini Speaker, HUAWEI CM70-C FreeLace Earphone, HUAWEI CM-H1C FreeBuds Lite, HUAWEI CP12S 12000mAh Power Bank, HUAWEI CP11QC 10000mAh Power Bank, dan HUAWEI AF15 Bluetooth Tripod Selfie Stick.

Anda juga berpeluang untuk memenangi HUAWEI AM61 Bluetooth Earphones bernilai RM205 secara percuma dengan menjawab dua soalan mudah di dalam aktiviti cabutan bertuah di dalam laman HUAWEI Online Official Store. Walau bagaimanapun, promosi ini boleh dinikmati untuk tempoh terhad iaitu bermula 27 Jun hingga 30 Jun 2019 ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend