Jualan Murah Produk Apple Di MyTown Terpaksa Dibatalkan Gara-Gara Diserbu Ribuan Pengunjung 0 236

Seperti yang telah dikongsikan dalam artikel ‘Switch Anjur Jualan Penghabisan Stok Untuk Tempoh Terhad’ sebelum ini, Switch telah mengadakan jualan penghabisan stok dengan menjual pelbagai produk Apple termasuk iPhone, iPad, MacBook dan juga iMac pada harga yang sangat murah.

Akibat daripada harga jualan yang dirasakan agak tidak masuk akal dengan menawarkan iPhone 5s pada harga serendah RM200, pusat membeli belah MyTown yang terletak di Cheras itu telah diserbu ribuan pengunjung. Malah hampir seluruh ruang yang ada di tingkat 1 pusat membeli belah itu telah dipenuhi dengan pengunjung dalam cubaan untuk mendapatkan produk Apple yang hanya ditawarkan dalam unit yang sangat terhad itu.

Berikutan daripada kesesakan yang luar biasa itu, pihak MyTown telah meminta Switch untuk menghentikan promosi tersebut atas faktor keselamatan. Bahkan pihak Switch juga turut mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara terbabit melalui laman rasmi Facebook mereka.

Sumber gambar : NST

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend