Jualan Honor 8X Dengan Honor Band 3 Percuma Kini Kembali Di Shopee Dan Hihonor – 19 Oktober, Jam 9 Pagi Comments Off on Jualan Honor 8X Dengan Honor Band 3 Percuma Kini Kembali Di Shopee Dan Hihonor – 19 Oktober, Jam 9 Pagi

Sambutan jualan yang sangat positif terhadap model Honor 8X sebelum ini telah terbukti apabila sebanyak 1000 unit peranti itu telah berjaya dijual dalam tempoh 20 minit di Shopee dan Hihonor. Honor 8X yang dijual pada harga RM949 ini telah berjaya menarik perhatian pengguna kerana selain menyokong spesifikasi yang baik, ia juga turut menawarkan hadiah percuma berupa Honor Band 3.

Berikutan permintaan yang sangat tinggi, Honor Malaysia kini telah mengumumkan untuk mengembalikan semula promosi tersebut yang dijadualkan akan berlangsung esok (19 Oktober 2018) pada jam 9 pagi. Sebanyak 500 pembeli terawal akan menerima Honor Band 3 dan RM50 Hihonor Voucher atau RM50 Shopee Coins secara percuma.

Untuk mendapatkan hadiah percuma ini, pembelian Honor 8X itu perlu dibuat melalui dua saluran berikut:

Spesifikasi Honor 8X

  • 6.5″ IPS LCD 19:9 (2340 x 1080p)
  • 91% nisbah skrin-ke-kerangka
  • HiSilicon Kirin 710
  • EMUI 8.2 + Android 8.1 Oreo
  • Memori 4GB + 128GB
  • Sokong microSD sehingga 256GB
  • Kamera utama 20MP f/1.8 PDAF + 2MP bokeh
  • Kamera depan 16MP f/2.0
  • 3,750mAh microUSB (5V/2A)
  • Bluetooth v4.2 / Face Unlock / Pengimbas cap jari
  • Warna Hitam, Biru, Merah, Merah Jambu
  • Berat 175g

Honor Buang Bezel Untuk Skrin Yang Lebih Luas – Honor 8X

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend