Jualan Global Konsol Permainan Sony PlayStation 4 Kini Mencecah 110.4 Juta Unit Comments Off on Jualan Global Konsol Permainan Sony PlayStation 4 Kini Mencecah 110.4 Juta Unit

Dilancarkan secara rasmi buat pertama kalinya sejak November 2013 yang lalu, Sony PlayStation 4 telah berjaya berjaya mengatasi rekod jualan keseluruhan PlayStation 3 selepas hampir tiga tahun ia dijual.

Berdasarkan laporan terkini yang dikongsikan oleh Sony, PlayStation 4 telah mencatatkan jualan sebanyak 1.5 juta unit dalam tempoh tiga bulan pertama pada tahun ini. Sekaligus menjadikan jumlah jualan global PlayStation 4 (termasuk versi Pro) telah mencecah sebanyak 110.4 juta.

Namun jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lepas, jumlah jualannya telah mencatatkan penurunan. Malah Sony juga mencatatkan penurunan pendapatan tahun fiskal sebanyak USD3.8 bilion (~RM16.5 bilion), berbanding tempoh 12 bulan sebelum ini.

Buat masa ini, rekod jualan konsol permainan terbaik berjaya disandang oleh PlayStation 2 (157 juta unit), diikuti oleh Nintendo DS (155 juta unit), Game Boy di tempat ketiga (118 juta unit), dan PlayStation 4 di tempat keempat.

sumber, melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend