Jualan Eksklusif Luar Talian realme X2 Pro Akan Berlaku Malam Ini Comments Off on Jualan Eksklusif Luar Talian realme X2 Pro Akan Berlaku Malam Ini

realme X2 Pro telah dilancarkan secara rasmi pada hari Isnin yang lalu, dan jualan pertamanya secara luar talian akan diadakan secara eksklusif di DirectD MEGA Store, Petaling Jaya esok, 7 Disember 2019 tepat jam 12 tengah malam. Jika anda hadir dan menjadi 100 pelanggan pertama, anda akan menerima hadiah berupa Alan Walker realme Buds Wireless, realme Power Bank, dan realme Backpack secara percuma. Untuk pengetahuan anda, realme X2 Pro dijual pada harga RM2399 seunit.

realme X2 Pro hadir dengan cip pemproses Snapdragon 855+, paparan skrin Super AMOLED 90Hz, kuadkamera 64MP dengan 20x zum hibrid, bateri 4000mAh yang boleh dicas penuh selama 35 minit melalui teknologi SuperVOOC 50W. Kedatangan realme X2 Pro di pasaran sekaligus menggoncang kedudukan peranti kelas mercu yang lain.

Walaubagaimanapun, jika anda tidak berada berdekatan dengan Lembah Klang anda boleh sahaja menempahnya terlebih dahulu melalui kedai dalam talian di Lazada. Tapi perlu diingatkan, peranti akan mula dihantar selepas 12 Dis 2019.

Baca juga:

realme X2 Pro VS Vivo NEX 3

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend