Jony Ive Akan Meninggalkan Apple Dan Menubuhkan Syarikatnya Sendiri Comments Off on Jony Ive Akan Meninggalkan Apple Dan Menubuhkan Syarikatnya Sendiri 561

Jony Ive yang memegang jawatan besar di syarikat paling kaya di dunia dilaporkan akan meninggalkan Apple untuk membuka syarikatnya sendiri iaitu LoveFrom.

Menurut Financial Times, LoveFrom merupakan syarikat perniagaan kreatif yang menghubungkan pencipta dengan pengguna akan mula beroperasi pada tahun ini dan dilancarkan sepenuhnya pada tahun hadapan. Ive memaklumkan Apple bakal menjadi klien pertama mereka dan beliau akan menyertai Apple untuk projek eksklusif pada tahun mendatang.

Ive atau dengan nama sebenar Sir Jonathan Paul “Jony” Ive juga merupakan warga British. Selepas 10 tahun berkhidmat sejak tahun 1992, beliau telah dilantik sebagai Senior Vice President Apple. Antara produk yang menerima sentuhan beliau ialah iPhone, iPad, iPod, iMac, MacBook, Apple Watch, dan sebahagian daripada sistem operasi iOS.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend