Jom Tengok Telefon Mana Yang Pegang Takhta Untuk Setiap Kategori Comments Off on Jom Tengok Telefon Mana Yang Pegang Takhta Untuk Setiap Kategori

Dalam artikel ini kami telah senaraikan model telefon pintar yang memegang takhta untuk setiap kategori. Mungkin ada diantara model yang disebut anda tidak pernah dengar kerana anda lebih terpesona dengan telefon pintar yang diiklankan di kaca TV, panggung wayang ataupun di media sosial. Tetapi, bukan semua yang diiklankan itu menawarkan ciri yang terbaik seperti peranti yang kami senaraikan di bawah ini:

Telefon Ternipis

Elephone S8

Selepas Oppo R5 memegang takhta sebagai telefon pintar paling nipis di dunia, Elephone pula tampil dengan S8 sekitar bulan November 2017. Sekaligus ia menjadi telefon paling nipis di dunia selain hadir dengan skrin bezel ternipis. Bagaimanapun, untuk perkakasan dalaman ia tidak menggunakan cipset daripada Qualcomm sebaliknya menggunakan Helio X25 sahaja.

Resolusi Kamera Tertinggi

Nokia Lumia 1020

Dilancarkan pada 2013, telefon pintar ini mempunyai satu lensa kamera dibelakang. Menggunakan sensor 41 Megapiksel daripada Carl Zeiss, ia juga dilengkapi dengan teknologi penstabilan imej optikal (OIS), Xenon flash, serta LED flash untuk rakaman video. Sehingga hari ini, Lumia 1020 ialah telefon berkamera tunggal paling tinggi resolusi di dunia.

Resolusi Skrin Tertinggi

Sony Xperia XZ Premium

Peranti ini dilengkapi dengan panel skrin IPS LCD berteknologi Triluminos Display yang membawakan resolusi setinggi 3840 x 2160 piksel. Kualiti setinggi ini juga membolehkan anda menonton video UHD 4K pada skrin bersaiz 5.46-inci. Sehingga kini, pihak Sony masih menggunakan teknologi ini pada peranti generasi kedua mereka.

RAM Terbesar

RAM yang besar mampu menyokong game yang berat. Gambar: Xiaomi Black Shark dengan aksesori modular

Untuk kategori memori RAM, buat masa ini pengeluar hanya menghasilkan telefon pintar dengan kapasiti 8GB RAM. Kami belum kenal pasti lagi telefon yang gunakan RAM yang lebih tinggi daripada itu. Jadi dibawah kami telah senaraikan beberapa model yang ada di Malaysia setakat ini:

  • Xiaomi Black Shark
  • ASUS ROG (belum jual)
  • Razer Phone
  • Oppo Find X
  • Vivo NEX
  • ASUS ZenFone 5z
  • OnePlus 6
  • Xiaomi Mi MIX 2s
  • Xiaomi Mi 8 Explorer (belum jual)

Storan Terluas

Smartisan R1

Diperkenalkan pada bulan Mei lalu, telefon buatan China ini menawarkan varian dengan storan paling besar iaitu sehingga 1TB. Bagi melancarkan sistem memori gergasi ini, R1 telah dikuasakan oleh cipset Snapdragon 845 dan bateri 3,600mAh. Setakat artikel ditulis, tiada khabar berita untuk ia dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

p/s: Huawei Mate RS versi 512GB pun takda kat Malaysia.

Bateri Paling Tahan Lama

Kyocera Hydro Wave

Jenama yang berasal dari Jepun ini ada sebuah telefon pintar asas (Android) yang memuatkan bateri sebesar 2,300mAh. Dengan saiz skrin 5-inci sesentuh, telefon ini mampu memberikan masa menunggu kepada anda sehingga 36,000 jam lamanya atau bersamaan dengan 1,500 hari iaitu 4 tahun 1 bulan. Wow!

Pengecasan Terpantas

Oppo Find X Automobili Lamborghini Edition

Oppo seperti sedia maklum mereka mempunyai teknologi pengecasan pantas yang dikagumi. Semasa penampilan peranti ini di Kuala Lumpur, kami dimaklumkan ia mampu dicas sepenuhnya dalam masa hanya 35 minit sahaja. Ini membolehkan kepala adapter mengalirkan kuasa output sebanyak 10V/5A atau 50W kepada bateri berkapasiti 3,400mAh.

p/s: Oppo Malaysia masih belum mengesahkan ketersedian peranti ini di Malaysia dalam masa sama masih menunggu kebenaran dari pejabat utama di China.

Telefon Bimbit Terkecil

Zanco Tiny T1

Dianugerahkan sebagai telefon bimbit paling kecil di dunia pada tahun 2017. Tiny T1 diasaskan oleh Shazad Talib di United Kingdom dan dikilangkan di China. Ia dijual pada harga £30 atau sekitar RM159 selepas tukaran masa wang semasa.

Telefon Terbesar

Pondok telefon depan Rumah Cik Salmah

Sekarang banyak dah takda :p

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend