Jerayawara Huawei Nova 3i Di IOI City Mall Terima Sambutan Hangat Comments Off on Jerayawara Huawei Nova 3i Di IOI City Mall Terima Sambutan Hangat

Hari ini ialah hari pertama telefon pintar Huawei nova 3i mula dijual. Satu jerayawara telah diadakan di IOI City Mall, Putrajaya siang tadi bertujuan untuk mempromosikan model terbaharu siri terlaris nova kepada orang ramai.

Huawei memaklumkan seramai lebih 1,000 orang telah mula beratur sejak awal pagi tadi untuk merebut tawaran istimewa berupa hadiah pembelian sehingga RM1,000. Majlis telah dihadiri oleh beberapa individu terkenal seperti Ameera Khan, Hafeez Mikhail, dan Hafidz Roshidi serta rakan kongsi bersama Celebrity Fitness, Sunway Lagoon, Viu, KL Fashion Week, Grab, Nerd Unit, Starbucks, Lazada, dan Air Asia. Oh ya, tidak lupa duta produk Hannah Delisha juga sempat bertemu peminat.

Huawei nova 3i kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM1,249 seunit. Siri nova generasi kedua ini menawarkan fotografi 24MP menggunakan empat kamera dua didepan dan dua dibelakang, selain menyokong teknologi AI dan 3D Qmoji. Bagi yang tidak tahu Qmoji itu apa, ia merupakan ciri yang membolehkan pengguna memainkan mimik muka menggunakan avatar – konsep yang lebih kurang serupa dengan Animoji di peranti iPhone X.

Bagi anda yang ingin mendapatkan hadiah sampingan seperti fon kepala, batang swafoto, powerbank Huawei 6,700mAh, jam pintar Huawei Band A2, dan IRing anda boleh dapatkannya di kedai dalam talian Satu Gadget mulai hari ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend