Jerayawara Huawei Di 13 Universiti Menawarkan Biasiswa Sehingga RM30 Ribu Comments Off on Jerayawara Huawei Di 13 Universiti Menawarkan Biasiswa Sehingga RM30 Ribu

Huawei kini sedang mengadakan jerayawara di 13 universiti di sekitar Lembah Klang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kecanggihan peranti terbaharu Huawei nova 3 dan 3i.

Sepanjang kempen yang bermula bulan ini hingga pertengahan bulan Oktober, Huawei menawarkan biasiswa sehingga RM30,000 kepada pemenang bertuah. Setakat ini, jerayawara yang telah diadakan di tiga universiti telah mengumpulkan 900 orang pelajar dan seperti biasa pelbagai acara menarik turut diadakan.

Pelajar-pelajar mencuba sendiri peranti Huawei nova 3 dan nova 3i

Anda boleh semak senarai universiti di bawah:

  • APU, Serdang → Telah berlangsung
  • MMU, Serdang → Telah berlangsung
  • Brickfield Asia Colllege, PJ → 22 hingga 23 Ogos (hari ini)
  • Taylor’s University Lakeside → 28 hingga 29 Ogos
  • UKM, Bangi → 12 hingga 13 September
  • KDU, Glenmarie → 18 hingga 19 September
  • HELP, Subang Bestari → 20 hingga 21 September
  • UPM, Serdang → 24 hingga 25 September
  • TARUC, KL → 2 hingga 3 Oktober
  • Universiti Malaya → 8 hingga 9 Oktober
  • MSU, Shah Alam → 10 hingga 11 Oktober
  • UTAR, Sg.Long → 15 hingga 16 Oktober
  • Uniten Kajang → 17 hingga 18 Oktober

Kepada penuntut di salah satu universiti yang disebutkan di atas, jangan lupa untuk singgah Huawei nova Campus Roadshow pada tarikh yang telah ditetapkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend