Jepun Nak Lancar 6G Pada Tahun 2030 Comments Off on Jepun Nak Lancar 6G Pada Tahun 2030

Laporan dari Langkawi mengatakan 5G akan dikomersialkan di Malaysia menjelang suku ketiga tahun ini. Itupun sekiranya semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Jika Malaysia menumpukan perhatian sepenuhnya untuk rangkaian 5G di beberapa kawasan, lain pula ceritanya di Jepun. Negara matahari terbit itu kini dilaporkan mahu melancarkan rangkaian selular generasi keenam menjelang tahun 2030.

Menurut Nikkei, 6G mempunyai kelajuan muat turun hingga 10 kali ganda lebih pantas berbanding 5G. Kementerian Komunikasi dan Hal Dalam Negeri Jepun turut memaklumkan teknologi itu bakal dikaji oleh Universiti Tokyo Gushinjin dan dibantu oleh pakar dari Nippon Telegraph and Telephone (NTT) serta Toshiba.

Kerajaan Jepun turut bersedia melabur USD2.3 bilion dalam pembangunan teknologi berkelajuan tinggi itu.

Bagaimanapun hal ini tidaklah meletakkan Jepun sebagai negara pertama yang mahu memulakan ujian seperti itu tetapi telah didahului oleh China, Finland, dan Korea Selatan pada tahun lalu.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend