JBL Link Bar Merupakan Soundbar Dengan Sokongan Android TV Dan Google Assistant Terbina-Dalam Comments Off on JBL Link Bar Merupakan Soundbar Dengan Sokongan Android TV Dan Google Assistant Terbina-Dalam

Hasil daripada kerjasama antara JBL dan Google, sebuah soundbar pintar telah berjaya diperkenalkan dengan kemunculan model Link Bar yang boleh disambungkan ke TV menggunakan kabel HDMI. Selain menjanjikan pengalaman audio yang lebih baik ketika menonton, JBL Link Bar juga sebenarnya turut menawarkan fungsi Android TV dengan sokongan Google Assistant terbina-dalam.

Sokongan kedua-dua fungsi terbina-dalam ini menjanjikan pengalaman tontonan yang jauh lebih baik kerana pengguna bukan sahaja boleh mengakses fungsi set-top box yang ditawarkan oleh Android TV, tetapi mereka turut boleh mengawal TV dan juga peralatan elektrik yang lain dengan menggunakan arahan suara dengan bantuan Google Assistant.

Buat masa ini, harga JBL Link Bar masih lagi belum diumumkan dan ia diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi. Malah JBL juga dikatakan akan mengadakan sesi demo produk terbaru ini di dalam acara Google I/O yang akan berlangsung minggu ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend