Jangan Tersalah Beli Nokia Pisang Kerana Ada Set Tiruan Di Malaysia Comments Off on Jangan Tersalah Beli Nokia Pisang Kerana Ada Set Tiruan Di Malaysia

HMD Global yang memegang jenama Nokia di negara ini hari ini menasihati para pengguna di Malaysia supaya berhati-hati semasa membuat pembelian telefon khususnya produk daripada Nokia.

Hal ini kerana HMD telah menyedari ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mula menjual unit tiruan salah satunya ialah Nokia 8110 4G atau lebih popular dikenali sebagai Nokia Pisang.

Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, pengguna digalakkan untuk membeli peranti tersebut di kedai-kedai yang sah sahaja daripada terus membelinya melalui dalam talian ataupun Facebook. HMD juga mengingatkan bahawa peranti tiruan yang dibeli tidak akan dilindungi di bawah program jaminan atau sokongan perkhidmatan pelanggan daripada Nokia Malaysia.

Untuk mengetahui produk yang dibeli adalah tulen, anda boleh rujuk gambar di bawah:

Pembungkusan depan dengan plastik jernih
Pembungkusan atas dengan pelekat keselamatan AVAXX
Pembungkusan bawah dengan nombor IMEI
Pelekat hologram AVAXX pada bateri
Jenama HMD Global pada bahagian belakang bateri
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend