Jangan Pra-tempah Vivo Y19 Kerana Anda Boleh Beli Lebih Awal Dari Yang Sepatutnya Comments Off on Jangan Pra-tempah Vivo Y19 Kerana Anda Boleh Beli Lebih Awal Dari Yang Sepatutnya

Pra-tempah Vivo Y19 telah dibuka semalam dan tarikh ketersediaannya pula adalah pada 30 November 2019 di semua kedai konsep Vivo, wakil penjual sah seluruh negara, dan secara dalam talian.

Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan peranti ini lebih awal dari yang sepatutunya iaitu dengan mengunjungi Satu Gadget Menara PGRM pada harga RM949. Ya, untuk menjadi pemilik terawal Vivo Y19, anda boleh membelinya bermula hari ini. Seperti biasa, set rasmi ini turut didatangkan dengan waranti satu tahun daripada Vivo Malaysia. Hadiah percuma turut disertakan.

Perkongsian gambar menunjukkan Vivo Y19 hadir dengan paparan FHD+, memori 6GB RAM dan 128GB storan. Ia juga dilengkapi bateri 5000mAh serta pengecasan pantas berteknologi Dual-Engine Fast Charging.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend