Jabra Lancar Elite 45e, Elite Active 65t Dan Elite 65e Di Malaysia; Pra-Tempah Sekarang Untuk Memiliki Hadiah Percuma Comments Off on Jabra Lancar Elite 45e, Elite Active 65t Dan Elite 65e Di Malaysia; Pra-Tempah Sekarang Untuk Memiliki Hadiah Percuma

Hari ini Jabra telah memperkenalkan tiga lagi produk fon telinga tanpa wayar terbarunya dari siri Elite dengan kehadiran model Elite 45e, Elite Active 65t, dan juga Elite 65e untuk pasaran tempatan. Berbeza dengan kebanyakan fon telinga yang ada di pasaran, ketiga-tiga siri Elite terbaru yang diperkenalkan buat pertama kalinya dalam acara CES 2018 ini telah memfokuskan aspek panggilan suara dan juga muzik yang terbaik dalam kelasnya.

Selain menjanjikan kejelasan suara ketika berbual, produk terbaru dari Jabra ini turut menyokong pembantu digital Siri, Google Now dan juga Amazon Alexa bagi membolehkan pengguna mengawal pelbagai tindakan seperti kawalan muzik, mendengar berita, mendapatkan ramalan cuaca, mengawal peranti pintar di rumah dan banyak lagi.

Dengan sokongan Bluetooth 5.0, ia turut menyokong teknologi mikrofon yang termaju bagi memastikan panggilan serta interaksi suara yang terbaik. Malah kehadiran aplikasi Jabra Sound boleh membantu pengguna untuk melaras kualiti bunyi bergantung kepada kesesuaian masing-masing.

Jabra juga turut menawarkan jaminan waranti selama dua tahun terhadap kemasukan air dan habuk untuk Elite 45e, Elite Active 65t, dan juga Elite 65e. Lebih memudahkan, proses pendaftaran waranti boleh terus dibuat melalui aplikasi Jabra Sound.

Jabra Elite 45e – RM399

Pra-tempah kini boleh dibuat di Lazada dari 25 Jun hingga 30 Jun 2018, dan sepanjang tempoh tersebut pembeli akan turut menerima power bank 10,000 mAh (bernilai RM109) secara percuma.

Jabra Elite 65e – RM849

Pra-tempah kini boleh dibuat di Shopee dari 21 Jun hingga 27 Jun 2018, dan sepanjang tempoh tersebut pembeli akan turut menerima cermin mata hitam RayBan (bernilai RM1099) secara percuma.

Jabra Elite Active 65t – RM949

Pra-tempah kini boleh dibuat di 11street dari 18 Jun hingga 30 Jun 2018, dan sepanjang tempoh tersebut pembeli akan turut menerima jersi bolas sepak Adidas (bernilai RM289) secara percuma.

Nota: AMT PC Distributors Sdn Bhd merupakan pengedar rasmi Jabra Elite 45e, Elite 65e dan juga Elite Active 65t untuk pasaran di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend