Jabra Elite 75t Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 28 Jam Kini Dijual Pada Harga RM949 Comments Off on Jabra Elite 75t Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 28 Jam Kini Dijual Pada Harga RM949

Hari ini Jabra telah melancarkan satu lagi model fon telinga tanpa wayar terbaharunya untuk pasaran tempatan dengan penawaran Jabra Elite 75t. Berbeza dengan generasi sebelum ini, ia menjanjikan rekaan lebih kompak, keselesaan ketika dipakai dan juga ketahanan bateri lebih baik.

Berbekalkan pengalaman kejuruteraan audio sejak 150 tahun lalu, Jabra Elite 75t telah memanfaatkan bantuan GN Hearing yang terkenal dengan teknologi penghubung penjimat tenaganya.

Jabra Elite 75t juga berjaya mengatasi masalah ketidaksesuaian atau ketidakselesaan ketika dipakai kerana ia telah direka khas berdasarkan ribuan imbasan 3D ke atas jenis dan bentuk telinga untuk keselesaan optimum.

Bateri Jabra Elite 75t mampu bertahan sehingga 28 jam (dengan pengecas) dan melebihi 7.5 jam (tanpa pengecas). Ini menyaksikan penambahbaikan sehingga 90% berbanding Jabra Elite 65t yang dilancarkan sebelum ini.

Sokongan aplikasi Jabra Sound+ turut memudahkan pengguna memilih aplikasi pembantu suara dan mengubah tetapan equalizer mengikut citarasa masing-masing. Manakala fungsi HearThrough pula membolehkan bunyi persekitaran diubah kekuatannya mengikut pilihan pengguna.

Jabra Elite 75t telah ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Titanium Black serta Gold Beige, dan boleh dibeli melalui pengedar-pengedar yang sah terpilih seperti All IT Hypermarket, Harvey Norman, Foto Shangri-La dan kedai rasmi Jabra di Lazada.

Tersedia dengan jaminan kalis air dan debu sehingga 2 tahun, Jabra Elite 75t yang dijual pada harga RM949 ini turut menawarkan jaminan penggantian produk 1-ke-1 untuk kerosakan teknikal pengilangan.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend