Isu Skrin Hijau Pada OnePlus 8 Dan OnePlus 8 Pro Telah Diatasi Dengan Kemas Kini OxygenOS 10.5.6 Comments Off on Isu Skrin Hijau Pada OnePlus 8 Dan OnePlus 8 Pro Telah Diatasi Dengan Kemas Kini OxygenOS 10.5.6

OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro tidak dinafikan sebagai salah satu peranti Android terbaik yang boleh dimiliki di pasaran, namun begitu terdapat pemilik peranti itu telah mendakwa berhadapan dengan isu skrin hijau apabila tahap keterangan skrin diturunkan.

Bagi mengatasi yang dihadapi, OnePlus telahpun memperkenalkan kemas kini OxygenOS 10.5.6 untuk peranti tersebut. Walaupun di dalam log perubahan tidak menyenaraikan pembaikan pada skrin, ada pengguna telah melaporkan ia telah berjaya mengatasi isu skrin hijau yang dihadapi.

Kemas kini bersaiz 122MB itu akan mempertingkatkan kestabilan sistem serta memperbaiki isu, mengoptimumkan keupayaan penggambaran, dan juga penambahbaikan kestabilan komunikasi.

sumber, melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend