iQOO Z1 Bakal Dilancarkan Sebagai Telefon Pintar Pertama Dengan Cipset Dimensity 1000+ Comments Off on iQOO Z1 Bakal Dilancarkan Sebagai Telefon Pintar Pertama Dengan Cipset Dimensity 1000+

Awal bulan Mei yang lepas, MediaTek telahpun mengumumkan akan bekerjasama dengan Vivo untuk tampil dengan sokongan cipset mercu terbaharunya iaitu Dimensity 1000+.

Melalui pengesahan di laman 3C di China (sama seperti SIRIM di Malaysia), peranti yang dimaksudkan itu adalah merupakan model iQOO Z1. Ini sekaligus menjadikan sebagai telefon pintar pertama di dunia menyokong cipset Dimensity 1000+.

Dikenali dengan nombor model V1986, iQOO Z1 telah disahkan akan menyokong rangkaian 5G dengan teknologi penjimatan UltraSave, teknologi pengecasan pantas sehingga 44W dengan output maksimum 11V4A, dan juga akan dilengkapi dengan teknologi HyperEngine 2.0 untuk prestasi CPU, GPU, RAM, Bluetooth serta data yang lebih optimum.

iQOO Z1 juga dipercayai akan hadir dengan sokongan paparan skrin 144Hz, dan juga teknologi sambungan MiraVision untuk paparan video 4K yang lebih baik serta sokongan HDR10+.

Walau bagaimanapun buat masa ini tarikh pelancaran iQOO Z1 masih lagi belum didedahkan secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend