iQOO Neo3 Sah Akan Dilancarkan 23 April Ini Dengan Snapdragon 865 Dan Skrin 144Hz Comments Off on iQOO Neo3 Sah Akan Dilancarkan 23 April Ini Dengan Snapdragon 865 Dan Skrin 144Hz

Sebelum ini iQOO Neo3 dipercayai akan membuat penampilan sulungnya pada 23 April, dan perkara itu telah didedahkan melalui permainan popular ‘Animal Crossing’.

Ternyata tarikh pelancaran rasmi iQOO Neo3 itu telah disahkan akan berlangsung pada tarikh tersebut selepas poster rasminya telahpun mula dikongsikan di Internet. Sebagaimana yang kita ketahui setakat ini, iQOO Neo3 akan dikuasakan dengan Snapdragon 865 5G.

Menariknya pendedahan terbaharu ini telah mendedahkan bahawa iQOO Neo3 bukan hadir dengan skrin 120Hz, sebaliknya ia bakal dilengkapi kadar segar semula skrin yang lebih tinggi iaitu mencecah sehingga 144Hz.

Selain itu peranti mercu daripada sub-jenama Vivo ini juga disahkan akan dilengkapi dengan storan jenis UFS 3.1 yang jauh lebih pantas. Berdasarkan imej pengolokan rasmi yang dikongsikan, iQOO Neo3 akan menyokong tiga kamera utama, lubang kamera depan pada skrin, dan juga speaker stereo dengan HiFi audio.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend