iQOO Neo Dilancarkan Dengan Snapdragon 845, Bateri 4500 mAh Dan Skrin Super AMOLED Comments Off on iQOO Neo Dilancarkan Dengan Snapdragon 845, Bateri 4500 mAh Dan Skrin Super AMOLED 497

Sebagaimana yang telah dijanjikan, Vivo akhirnya telahpun melancarkan varian lebih mampu milik untuk model iQOO versi Snapdragon 855, dengan pelancaran iQOO Neo di China. Dari segi penampilan fizikal, iQOO Neo kelihatan tidak begitu jauh berbeza jika dibandingkan dengan varian tertingginya, tetapi apa yang membezakannya adalah pada sokongan spesifikasinya.

iQOO Neo telah dikuasakan dengan pemproses mercu yang diperkenalkan pada tahun 2018 iaitu Snapdragon 845, dan ia telah dioperasikan dengan antaramuka Funtouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie. Hadir dengan ruang storan sehingga 128GB, ia ditawarkan dalam dua pilihan kapasiti RAM iaitu 6GB ataupun 8GB.

Paparan skrin Super AMOLED berukuran 6.38 inci FHD+ pada iQOO Neo turut hadir dengan rekaan takuk kecil bagi menempatkan kamera depan beresolusi 12MP. Manakala bahagian belakangnya pula tersedia dengan sokongan tiga kamera beresolusi 12MP (f/1.8, Sony IMX363) + 8MP (f/2.2, Ultra Wide Angle) + 2MP (f/2.4, Depth sensor).

Dijana dengan bateri berkapasiti yang agak besar iaitu mencecah 4500 mAh, iQOO Neo turut menawarkan teknologi pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W yang mampu mengecas 50% bateri dalam masa 30 minit sahaja. Lebih istimewanya, ia turut memiliki sistem penyejukan yang mampu mengurangkan suhu peranti sehingga 3° Celsius.

Prestasi pengoperasian terutamanya ketika bermain juga lebih terjamin dengan adanya sokongan teknologi Multi-Turbo yang terdiri daripada pelbagai sistem berbeza seperti AI Turbo, Center Turbo, Net Turbo, Cooling Turbo, dan juga pelbagai sokongan lain lagi. Tidak cukup dengan itu, fungsi pemacu sentuhan digitizer pada skrin juga berupaya memastikan tiada isu lag apabila gamepad disambungkan, dan juga 4D Game Shock 2.0.

iQOO Neo didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu warna cerun ungu, dan juga kemasan carbon fiber. Ia akan mula dijual pada 8 Julai di China pada harga seperti berikut:

  • 6GB + 64GB – CNY1,798 (~RM1,083)
  • 6GB + 128GB – CNY1,998 (~RM1,203)
  • 8GB + 64GB – CNY2,098 (~RM1,263)
  • 8GB + 128GB – CNY2,298 (~RM1,385)

Baca juga:

Telefon Pintar Gaming iQOO Berharga RM2399 Akan Dijual Pada 22 Jun Ini Di Malaysia

Video: Buka Kotak Vivo iQOO

Vivo iQOO Dalam Warna Baharu ‘Feather White’ Kini Sudah Mula Dijual Di China

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend