iQOO 3 5G Melepasi Pensijilan Di China, Akan Guna Pengecasan Pantas 44W Comments Off on iQOO 3 5G Melepasi Pensijilan Di China, Akan Guna Pengecasan Pantas 44W

Pada tahun lalu, vivo melalui sub-jenama iQOO telah memperkenalkan tujuh telefon pintar dan pada tahun ini mereka bakal melancarkan model seterusnya. Telefon itu dipercayai adalah iQOO 3 5G yang mana daripada nama jelas memberitahu ia mempunyai sokongan 5G.

Menurut sumber, iQOO 3 5G yang menggunakan kod nama V1950A telah melepasi pensijilan CQC China. Data tersebut menunjukkan peranti hadir dengan pengecasan pantas 44W yang dikuasakan cipset Snapdragon 865 bersama modem 5G X55.

Tiada butiran lain diberikan namun kita dapat menjangkakan ia sebuah telefon permainan seperti generasi terdahulu tetapi dengan penambahan ciri-ciri terkini. Pelancaran mungkin akan berlaku dalam suku pertama tahun ini.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend