iPhone XS Max Mencatatkan Skor 105 Di DxOMark, Masih Tidak Mampu Menggugat Kedudukan Huawei P20 Pro Comments Off on iPhone XS Max Mencatatkan Skor 105 Di DxOMark, Masih Tidak Mampu Menggugat Kedudukan Huawei P20 Pro

Dengan sokongan tiga lensa kamera yang dilengkapi dengan keupayaan penggambaran AI, model Huawei P20 Pro sebelum ini telah mengejutkan banyak pihak apabila berjaya menduduki tempat pertama di dalam senarai DxOMark. Namun begitu, rata-rata daripada pengguna percaya bahawa kedudukannya itu sudah tentunya akan dirampas apabila model baharu diperkenalkan.

Kedudukan tempat pertama masih disandang oleh Huawei P20 Pro.

Nampaknya buat masa ini Huawei P20 Pro masih mampu berada di kedudukan selesa, walaupun selepas keputusan skor iPhone XS Max telah diumumkan oleh DxOMark. Berbeza dengan Huawei P20 Pro yang berjaya mencatatkan skor 109 poin, iPhone XS Max yang tampil dengan sokongan dwi lensa 12MP ini hanya mampu berada di kedudukan kedua dengan catatan skor 105 poin.

Perbandingan skor kamera serta rakaman video pada iPhone XS Max dan Huawei P20 Pro.

Apa yang lebih menariknya, skor yang dicatatkan oleh Huawei P20 Pro untuk aspek kamera dan rakaman video juga dilihat lebih tinggi berbanding iPhone XS Max. Namun begitu, perkara ini tidak mengejutkan kerana iPhone XS Max masih mengekalkan sokongan lensa kamera yang sama seperti model iPhone X yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Miliki set original rasmi Huawei P20 Pro dalam warna baharu Pearl White di Huawei Store Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend