iPhone XS Dan XS Max Versi PRODUCT (RED) Akan Dikeluarkan Tidak Lama Lagi Comments Off on iPhone XS Dan XS Max Versi PRODUCT (RED) Akan Dikeluarkan Tidak Lama Lagi 540

Warna merah menerusi PRODUCT (RED) tidak asing lagi dalam penawaran iPhone. Tujuan versi istimewa iPhone ini dikeluarkan adalah untuk menyalurkan bantuan kepada pesakit HIV/AIDS di lapan negara di Afrika.

Laporan terbaru dari media China, Apple kini dilaporkan akan mengeluarkan versi PRODUCT (RED) untuk iPhone XS dan XS Max tidak lama lagi. Cadangan ini telah didengar sendiri oleh pekerja kilang di sana semalam.

Jika merujuk kembali pada tarikh pelancaran iPhone 8 dan 8 Plus versi PRODUCT (RED), ia telah diperkenalkan pada April 2018. Jadi tidak mustahil versi ini akan dilancarkan pada bulan yang sama tahun ini – memandangkan pada masa ini ia masih di dalam perancangan.

Bagaimanapun, peniris memaklumkan ia mungkin dikeluarkan lebih awal kerana Apple kini dalam usaha meningkatkan penjualan iPhone XS dan XS Max yang lembab di sana. Malah peniris turut memberitahu penggunaan nama PRODUCT (RED) tidak akan digunakan sebaliknya akan digantikan dengan ‘China Red’.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend