iPhone XR Telefon Terlaris Untuk 2019 Diikuti iPhone 11 Di Tempat Kedua Comments Off on iPhone XR Telefon Terlaris Untuk 2019 Diikuti iPhone 11 Di Tempat Kedua

Counterpoint dalam laporan terbaru telah menyenaraikan iPhone XR sebagai telefon dengan jualan paling laris di peringkat global sepanjang tahun 2019 manakala iPhone 11 di tempat kedua.

Walaupun iPhone XR merekodkan pegangan pasaran sebanyak 3%, perlu diingatkan iPhone 11 hanya mengambil masa selama tiga bulan sahaja untuk memperoleh 2.1% pegangan pasaran selepas ia mula dijual pada akhir September lalu.

Carta bar turut menunjukkan peranti Samsung berada di tempat ketiga dan keempat malah tidak pelik kerana kedua-duanya merupakan peranti kelas pertengahan yang jauh lebih murah berbanding iPhone.

Apple dan Samsung yang berkongsi pegangan pasaran dikalangan 10 terbaik nampaknya menerima persaingan daripada OPPO menerusi model A5 yang juga peranti kelas pertengahan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend