
Menurut paten yang baru didaftar oleh Apple, iPhone pada masa akan datang bakal dilengkapi LED bercahaya pada logo. Ia telah dibuktikan melalui pengkalan data US Patent & Trademark Office yang bertarikh 26 September lepas.
Rekaan ini adalah di mana logo Apple pada panel belakang akan bercahaya apabila peranti digunakan. Pencahayaan ini bukanlah sesuatu yang baharu tetapi telah digunakan pada model terdahulu MacBook.
Pencahayaan pada logo Apple iPhone nanti bakal membolehkan pengguna mengetahui jika ada sebarang notifikasi apabila peranti tidak digunakan. Ia bukan sahaja menambah rupa kosmetik tetapi juga memudahkan pengguna juga.
Rekaan sebegini pernah diperlihatkan dalam projek istimewa iPhone menerusi saluran EverythingApplePro. Anda boleh tonton video tersebut di bawah: