iPhone SE Generasi Kedua Dilaporkan Sokong 3GB RAM Dengan Bateri Berkapasiti 1821mAh Comments Off on iPhone SE Generasi Kedua Dilaporkan Sokong 3GB RAM Dengan Bateri Berkapasiti 1821mAh

Apple baru sahaja melancarkan model iPhone SE generasi kedua semalam, dan seperti biasa kita sedia maklum bahawa Apple sememangnya tidak akan mendedahkan sokongan RAM dan juga bateri untuk peranti keluarannya.

Menariknya kedua-dua maklumat yang cuba ‘dirahsiakan’ oleh Apple itu telah berjaya didedahkan oleh pengedar peranti mudah alih di China. Menurut pendedahan yang dibuat, iPhone SE 2020 telah menyokong RAM berkapasiti 3GB dan juga bateri sebesar 1821mAh.

Tidak dinafikan bahawa Apple mungkin tidak mahu mendedahkan angka ini kerana ia dilihat jauh ketinggalan berbanding peranti Android. Tetapi dengan kombinasi cipset Apple A13 Bionic dan juga iOS 13 yang sememangnya sangat efisien, prestasi dan ketahanan bateri iPhone SE sudah tentunya tidak akan mengecewakan.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend