iPhone Model 2019 Mungkin Didatangkan Bersama Pengecas 18W Dengan Kabel Lightning Ke USB-C Comments Off on iPhone Model 2019 Mungkin Didatangkan Bersama Pengecas 18W Dengan Kabel Lightning Ke USB-C

Sejak daripada awal kemunculannya, Apple dilihat masih menawarkan palam kuasa dan kabel Lightning ke USB-A dengan sokongan output maksimum 5V1A atau 5W untuk setiap model iPhone yang diperkenalkannya. Bahkan Apple dilihat masih ‘berkeras’ untuk memberikan palam kuasa dengan output yang lebih tinggi walaupun selepas iPhone X dengan sokongan teknologi pengecasan pantas dilancarkan.

Tahun 2019 ini mungkin menjanjikan satu kelainan apabila Apple telah dilaporkan akan memperkenalkan iPhone XI dan XI Max bersama-sama dengan palam kuasa serta kabel pengecas Lightning ke USB-C dengan output pengecasan pantas 18W. Walau bagaimanapun, berita yang telah dikongsikan oleh portal macotakara ini masih lagi belum dapat disahkan kebenarannya.

Berdasarkan ketirisan yang dikongsikan sebelum ini, iPhone XI dan XI Max juga dikatakan akan hadir dengan sokongan tiga kamera utama, manakala model pengganti iPhone XR pula dipercayai akan menawarkan sokongan dwi lensa.

sumber

Baca juga:

iPhone XR Generasi 2019 Dipercayai Hadir Dengan Dwi Kamera – Lensa Wide Angle dan Telefoto

iPhone 2019 Dengan Sokongan Tiga Kamera Dipercayai Hadir Dengan Panel OLED Berukuran 6.1″ dan 6.5″

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend