iPhone Model 2019 Dipercayai Akan Menyokong Skrin Sentuh Dengan Fungsi ‘Underwater Mode’ Comments Off on iPhone Model 2019 Dipercayai Akan Menyokong Skrin Sentuh Dengan Fungsi ‘Underwater Mode’

Sama seperti sebelum ini, Apple bakal melancarkan secara rasmi model iPhone generasi baharunya pada September 2019 nanti. Walaupun masih terlalu awal untuk bercerita tentangnya, salah seorang penulis untuk portal XDA Developer telah mendedahkan bahawa iPhone model 2019 nanti akan dilengkapi dengan fungsi yang dikenali sebagai ‘Underwater Mode’.

Imej pengolokan iPhone XI yang dikongsikan oleh @OnLeaks

Berdasarkan perkongsiannya itu, sokongan fungsi yang telah dipatenkan itu akan membolehkan pengguna untuk menggunakan skrin sentuh iPhone model 2019 di dalam air. Jika benar pendedahan yang dibuat ini, ia sudah tentunya menjanjikan satu pengalaman baru kepada pengguna yang ingin mengambil gambar atau video di dalam air.

iPhone 2019 dipercayai akan hadir dengan skrin OLED berukuran 5.8 inci dan 6.5 inci, serta skrin 6.1 inci pula menyokong panel LCD.

Selain itu, Ming-Chi Kuo juga sebelum ini telah meramalkan bahawa iPhone model 2019 nanti akan mengekalkan saiz serta panel skrin yang sama seperti model sebelum ini, dan akan mengekalkan penggunaan port Lightning. Ia juga dikhabarkan akan menggunakan panel kaca belakang jenis frosted mirip seperti Pixel 3/3 XL, serta dilengkapi dengan konfigurasi tiga kamera.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend