iPhone 9 Dijangka Akan Dilancarkan Esok, Sokong Storan Sehingga 256GB Dengan Tiga Warna Pilihan Comments Off on iPhone 9 Dijangka Akan Dilancarkan Esok, Sokong Storan Sehingga 256GB Dengan Tiga Warna Pilihan

Berikutan penularan wabak COVID-19, Apple sebelum ini terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan acara pelancaran iPhone 9. Tetapi nampaknya peranti ‘bajet’ daripada Apple ini dipercayai akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Perkara ini berjaya disahkan selepas model iPhone 9 dilihat sudah mula tersenarai di laman pengaktifan di telco Canadian Virgin Mobile. Apa yang lebih menariknya, laman itu turut mendedahkan bahawa iPhone 9 akan ditawarkan dalam tiga storan berbeza iaitu 64GB, 128GB dan juga 256GB.

iPhone 9 juga turut disahkan akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu White, Black (Grey) dan juga PRODUCT (Red).

Jika dirujuk kepada khabar angin yang dikongsikan tentang iPhone 9, peranti ini akan menyokong skrin 4.7 inci, bezel tebal untuk menempatkan butang Touch ID, dan juga akan dikuasakan dengan cipset Apple A13 sama seperti siri iPhone 11.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend