iPhone 2019 Akan Dijual Pada Harga Lama, Dua Kamera Belakang Sekurang-kurangnya Comments Off on iPhone 2019 Akan Dijual Pada Harga Lama, Dua Kamera Belakang Sekurang-kurangnya 481

Khabar angin yang bertiup baru-baru ini nampaknya datang dari Apple yang mana mereka akan memperkenalkan iPhone 2019 dengan ciri yang lebih menarik. Tiga model iPhone terbaharu mungkin hadir tanpa port Lightning sebaliknya menggunakan port USB Type-C. Namun begitu, ia masih belum boleh dipastikan lagi kerana ada yang mendakwa Apple kini sedang membina peranti dengan dua pilihan port.

Pada iPhone XR pula, model ini dikhabarkan akan tampil dengan rekaan takuk yang lebih lebar. Tidak tahu kenapa tetapi Apple juga sedang menguji prototaip dengan rekaan takuk yang lebih kecil. iPhone XR versi 2019 juga dikatakan akan hadir dengan pilihan warna baharu. Warna hijau nampaknya akan diperkenalkan kelak tetapi pada masa sama satu daripada enam warna sedia ada akan dikorbankan.

Menariknya, iPhone XR terbaharu akan dilengkapi dwi kamera belakang dan iPhone XS Max pula akan dilengkapi tiga kamera, juga di belakang. Disebabkan penjualan ketiga-tiga model iPhone siri X tahun lalu tidak begitu baik, Apple bercadang untuk kekalkan harga sedia ada untuk tahun ini. Ini bermakna tiada kenaikan harga iPhone walaupun peranti menerima naik taraf luar dan dalam.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend