iPhone 11 Catat Skor 109 Mata Di DxOMark, Berkongsi Mata Dengan HUAWEI P20 Pro Comments Off on iPhone 11 Catat Skor 109 Mata Di DxOMark, Berkongsi Mata Dengan HUAWEI P20 Pro

DxOMark sebelum ini telah meletakkan iPhone 11 Pro Max dengan sokongan tiga kamera di dalam kelompok lima telefon pintar teratas dengan memperolehi skor 117 mata, iaitu setanding dengan Samsung Galaxy S10+ 5G dan juga Galaxy S10+.

Kini DxOMark telah menguji pula model iPhone 11 yang hadir dengan sokongan dwi kamera beresolusi 12MP + 12MP (Ultra Wide), yang mana telah berjaya mencatatkan skor sebanyak 109 mata. Berada dalam kelompok 20 model terbaik, ia berkongsi skor yang sama seperti HUAWEI P20 Pro yang satu ketika dahulu pernah berada di kedudukan pertama di DxOMark.

Berdasarkan kesimpulan ujian penggambaran yang dijalankan, DxOMark telah memberikan skor sebanyak 112 mata untuk keupayaan kamera statik, dan 101 mata untuk rakaman video.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend