iPad Dan MacBook Akan Dipasang Di Batam Tidak Lama Lagi Comments Off on iPad Dan MacBook Akan Dipasang Di Batam Tidak Lama Lagi 673

Perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China semakin tegang apabila A.S meminta rakan sekutunya memutuskan hubungan perniagaan dengan Huawei. Apple juga secara tidak langsung telah terhimpit dalam konflik ini dan menurut laporan terbaru, Apple dan pembekalnya, Pegatron bercadang untuk memindahkan rantaian bekalan ke tempat-tempat di luar China.

Menurut laporan Digitimes, Pegatron nampaknya ingin memasang iPad dan MacBook di Batam, Indonesia selepas tidak memilih Vietnam. Pengeluaran produk pula dijangka akan bermula bulan hadapan melalui syarikat sub-kontrak PT San Nusapersada yang berpengkalan di Batam. Bagaimanapun, jawatan tertinggi syarikat ini tidak mendedahkan nama klien mereka tetapi berkemungkinan tinggi Apple turut tersenarai.

Pegatron telah melabur sebanyak $300 juta untuk kilang-kilang di Indonesia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PT Sat Nusapersada, produktiviti Indonesia lebih tinggi berbanding China malah mereka juga tidak mengalami isu kekurangan tenaga buruh termasuklah kos buruh.

Pemasangan produk Apple di luar China bukanlah perkara baru kerana sebelum ini Apple telah membuka kilang mereka di India untuk hab pemasangan iPhone.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend