iOS 14 Dipercayai Akan Hadir Dengan Sokongan Widget Dan Personalisasi Imej Latar Comments Off on iOS 14 Dipercayai Akan Hadir Dengan Sokongan Widget Dan Personalisasi Imej Latar

Sejak dari awal kemunculan iOS, tiada banyak perubahan yang dapat dilihat pada penampilan homescreen pada peranti keluaran Apple. Tetapi perkara ini mungkin akan berubah dengan kemunculan iOS 14 yang akan diperkenalkan pada tahun ini.

Menurut 9to5Mac, terdapat bukti daripada kod iOS 14 yang dirujuk sebagai ‘Avocado’ yang dikatakan berkaitan dengan aplikasi Springboard yang digunakan untuk mengawal paparan homescreen. Ini berkemungkinan besar merujuk kepada widget yang sangat dinantikan oleh pengguna iOS.

Di dalam perkongsian berbeza di Twitter, beberapa tangkap imej yang telah mendedahkan tetapan personalisasi untuk imej latar pada iOS 14. Berdasarkan gambar yang dikongsikan itu, pilihan ‘Home Screen Appearance’ membenarkan pengguna memilih mod gelap, kabur atau normal pada imej latar.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend