iOS 13 Kini Diperkenalkan Secara Rasmi, Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kemas Kini Baharu Ini?! Comments Off on iOS 13 Kini Diperkenalkan Secara Rasmi, Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kemas Kini Baharu Ini?!

Bersempena berlangsungnya acara tahunan Apple Special Event 2019 yang berlangsung di San Jose Convention Center, Apple telah memperkenalkan secara rasmi versi kemas kini baharu untuk sistem operasinya iaitu iOS 13 kepada umum.

Berbeza dengan versi sebelum ini, iOS 13 dilihat bukan sekadar memfokuskan kepada fungsi serta ciri-ciri baharu, tetapi ia juga turut membawakan kelainan serta pembaharuan pada penampilan dan juga menjanjikan prestasi yang jauh lebih baik. Jadi berikut adalah antara ciri-ciri menarik yang dapat dilihat pada iOS 13…

Ciri-Ciri Menarik Pada iOS 13:

1. Paparan antaramuka gelap

Buat pertama kalinya, iOS 13 telah menampilkan elemen antaramuka gelap sepenuhnya untuk setiap  antaramuka yang digunakan pada peranti iOS anda. Keseluruhan sistem operasi yang kini tampil gelap sesuai digunakan di dalam persekitaran yang gelap.

Dalam masa yang sama ia juga boleh memastikan penggunaan tenaga yang lebih efisien pada iPhone yang menyokong panel OLED. Pengaktifannya boleh dibuat dengan mudah, iaitu melalui Control Center ataupun melalui tetapan automatik pada waktu malam.

2. Mod penggambaran potret kini dipertingkatkan

Apabila mod penggambaran Portrait Lighting dipilih, anda bebas untuk menentukan tahap pencahayaan dan juga kedudukan pencahayaan yang diingini secara manual bagi mendapatkan efek yang lebih dramatik.

Selain itu ia mod potret juga turut menyokong efek monochromatic dengan sentuhan warna hitam dan putih yang lebih menyerlah. Tambahan pula gambar akan difokuskan pada subjek utama kerana imej latar akan dihilangkan secara automatik.

3. Photos Tab kini diperbaharui

Dengan menggunakan pembelajaran mesin, ia secara automatik akan menyembunyikan gambar yang sama bagi mengurangkan gangguan. Bahkan ia juga mampu menyembunyikan gambar screenshot dan juga resit, agar membantu fokus anda terhadap gambar menarik yang diambil sahaja. Penampilan Photos Tab juga telah diperbaharui kepada tiga persembahan utama iaitu berasaskan hari, bulan dan juga tahun.

4. Fungsi suntingan gambar dan video lebih berkuasa

Pengalaman suntingan gambar kini telah dilengkapi dengan alat suntingan baharu dan juga kawalan talaan suntingan yang lebih baik. Kehadiran gelung suntingan secara tidak langsung memudahkan anda untuk mengetahui tahap talaan yang telah digunakan untuk setiap efek.

Manakala untuk video pula, ia turut menyokong alat dan efek yang sama seperti di gambar, dan ini termasuklah fungsi rotate, crop, dan auto enhance.

5. Fungsi keselamatan dan privasi yang lebih baik

Kini anda boleh mendaftar masuk ke dalam aplikasi dan laman web dengan menggunakkan Apple ID, tanpa perlu mengisi bahagian pendaftaran ataupun mencipta kata laluan yang baharu. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menekan pilihan ‘Sign in with Apple’ dan ia boleh terus diakses menggunakan Face ID ataupun Touch ID.

Bahkan aplikasi akan hanya boleh meminta nama dan juga alamat emel anda sahaja, malah anda juga boleh meminta Apple untuk mencipta alamat emel unik yang akan dihantar terus ke alamat emel sebenar. Ini bermakna segala aktiviti anda tidak akan dijejaki dan anda mempunyai kawalan terhadap data peribadi.

6. Apple Maps dengan paparan 360 darjah

Apple Maps kini telah dipertingkatkan kemampuannya dengan pengalaman 3D yang membenarkan anda untuk melihat persekitaran anda dalam paparan 360 darjah. Tidak cukup dengan itu, anda boleh bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain dengan lebih lancar.

7. Siri tampil dengan suara lebih realistik

Melalui sokongan teknologi teks-ke-pertuturan neural yang lebih berkuasa, Siri kini mampu bercakap dengan lebih realistik. Siri juga kini boleh berfungsi dengan pelbagai aplikasi melalui sokongan ‘Shortcut app’ terbina dalam.

8. Fungsi AirPods kini dipertingkatkan

Menariknya, Siri juga kini berupaya membaca teks mesej yang diterima terus melalui AirPods, tanpa perlu anda mengangkat iPhone. Anda juga boleh membuat perkongsian muzik yang sedang didengari dengan AirPods milik rakan anda melalui sokongan fungsi ‘Audio Sharing’.

9. Memoji dan Messages

Memoji kini hadir dengan sentuhan lebih unik kerana ia dilengkapi dengan gaya rambut, skaf kepala, mekap, dan juga tindikan subang yang lebih pelbagai. Memoji yang telah siap dihasilkan akan dimasukkan ke dalam pek stiker secara automatik, jadi anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa di Messages, Mail ataupun aplikasi pihak ketiga.

Anda juga kini boleh menentukan sendiri nama, gambar ataupun Memoji yang akan dilihat oleh rakan, apabila anda menghubungi mereka. Pengalaman menaip juga kini terasa lebih lancar dan mudah dengan adanya sokongan fungsi ‘QuickPath Typing’ yang membolehkan anda menaip menggunakan kaedah leretan dari satu abjad ke abjad seterusnya.

10. Reminders kini sokong senarai pintar dengan bantuan Siri

Aplikasi Reminders membantu anda mengingati sesuatu perkara dengan lebih berkesan kerana ia telah tersedia dengan senarai pintar yang memudahkan anda untuk memasukkan tarikh, masa, lokasi, gambar dan sebagainya dengan lebih cepat. Bahkan Siri juga akan turut mencadangkan sebarang peringatan penting yang mungkin anda ingin tambah, sebagai contoh ketika anda membuat temu janji di dalam aplikasi Messages.

11. CarPlay Dashboard

Penyediaan fungsi baharu iaitu ‘CarPlay Dashboard’ membantu anda untuk memandu dengan lebih fokus, kerana anda boleh menggunakan fungsi navigasi arah sambil mendengar muzik kegemaran dengan lebih baik. Antaramuka baharu ini juga memudahkan anda untuk mengakses fungsi lain melalui antaramuka yang sama, seperti capaian akses untuk membuka pintu garaj ataupun mengingati sebarang Reminders yang telah ditetapkan sebelum ini.

12. Prestasi iOS yang telah dipertingkatkan

Melalui iOS 13, pengoperasian iPhone anda terasa jauh lebih lancar dan berkuasa kerana bukan sahaja aplikasi boleh dilancarkan 2x lebih cepat berbanding iOS 12, tetapi saiz muat turun aplikasi juga kini 50% lebih kecil. Malah proses pengecaman wajah menggunakan Face ID juga kini 30% lebih pantas berbanding sebelumnya.

Kesesuaian Peranti iOS Dengan iOS 13:

Ketersediaan Kemas Kini iOS 13:

  • Developer Beta – Bermula hari ini
  • Public Seed – Bermula Julai 2019
  • Versi Stabil – Bermula September 2019

Baca fungsi penuh iOS di https://www.apple.com/ios/ios-13-preview/features/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend