iOS 13 Dan WatchOS 6 Boleh Dimuat Turun Pada iPhone 6s Keatas Bermula 20 September Ini Comments Off on iOS 13 Dan WatchOS 6 Boleh Dimuat Turun Pada iPhone 6s Keatas Bermula 20 September Ini 245

Apabila Apple mengumumkan barisan iPhone 11 pada minggu ini, Apple juga sebenarnya telah mengumumkan ketersediaan sistem operasi terbaru iOS 13 kepada sejumlah pengguna iPhone.

Seperti biasa, sistem operasi terbaru menawarkan ciri-ciri terbaru antaranya seperti antaramuka mod gelap, naik taraf pada kamera dan galeri, suntingan video lebih terperinci, peta, siri, keselamatan, malah boleh dikatakan hampir semua ciri telah dikemas kini.

Pada masa sama, Apple juga menyediakan sistem operasi terkini WatchOS 6 untuk semua model jam tangan pintar mereka. Melaluinya, pengguna akan menikmati muka jam baharu, sokongan Animoji, ciri kesihatan telinga yang boleh mengesan bunyi bising di sekeliling, dan pelbagai lagi.

Berikut merupakan peranti yang menyokong iOS 13 dan WatchOS 6:

  • iPod touch
    • Generasi ke-7
  • iPhone
    • SE / 6s / 6s Plus / 7 / 7 Plus / 8 / 8 Plus / X / XR / XS / XS Max / 11 / 11 Pro / 11 Pro Max
  • Apple Watch
    • Series 1 / Series 2 / Series 3 / Series 4 / Series 5

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend