iOS 13.5 Beta Sokong Fungsi Nyahkunci Skrin Dengan Kod Laluan Ketika Topeng Muka Dipakai Comments Off on iOS 13.5 Beta Sokong Fungsi Nyahkunci Skrin Dengan Kod Laluan Ketika Topeng Muka Dipakai

Ketika dunia dilanda penularan wabak COVID-19, rata-rata daripada pemilik peranti Apple yang dilengkapi dengan sokongan Face ID berhadapan dengan isu untuk menyahkunci peranti mereka apabila topeng muka dipakai.

Menyedari akan kesukaran tersebut, Apple kini telah memperkenalkan fungsi nyahkunci skrin dengan menggunakan kod laluan melalui kemas kini iOS 13.5 beta. Fungsi ini akan dipaparkan secara automatik apabila pemilik dikesan sedang memakai topeng muka.

Selain itu, Apple juga telah memperkenalkan perubahan API pada iOS 13.5 beta yang mana akan memberikan notifikasi pendedahan terhadap COVID-19.

Melalui fungsi ‘COVID-19 Exposure Notifications’, peranti akan menghantar notifikasi sekiranya anda terdedah dengan risiko COVID-19 melalui pengumpulan ID pemilik iPhone yang berada berhampiran anda.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend