iOS 13.4 Kini Tersedia – Memoji Baharu, CarPlay Sokong Aplikasi Pihak Ketiga, Dan Pelbagai Lagi Comments Off on iOS 13.4 Kini Tersedia – Memoji Baharu, CarPlay Sokong Aplikasi Pihak Ketiga, Dan Pelbagai Lagi

Apple hari ini telah melepaskan kemas kini terbaru untuk sejumlah model iPhone yang mana iOS 13.4 kini boleh dimuat turun pada iPhone 6s dan 6s Plus ke atas.

Kemas kini dilihat bersaiz besar iaitu hampir 1GB, melaluinya beberapa ciri baharu turut ditawarkan iaitu seperti sembilan pelekat memoji baharu, perkongsian fail iCloud Drive dari aplikasi Files, butang kawalan sentiasa nampak pada aplikasi Mail, sokongan Universal Purchase iaitu pembelian tunggal merentasi iPhone, iPod Touch, iPad, Mac, dan Apple TV.

iOS 13.4 kini ditambah baik dengan sokongan aplikasi pihak ketiga navigasi untuk Apple CarPlay dan sokongan audio main balik dalam fail USDZ untuk realiti imbuhan selain sokongan jangkaan taip untuk Bahasa Arab pada papan kekunci.

Apple juga menambah tampalan pepijat untuk perisian kali ini termasuklah di Photos, Mail, kamera, Safari, Reminders, iCloud Drive, Apple Music, dan sebagainya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend