iOS 13.4.1 Dilepaskan Untuk Membaiki Beberapa Isu Serta Menampal Pepijat Comments Off on iOS 13.4.1 Dilepaskan Untuk Membaiki Beberapa Isu Serta Menampal Pepijat

Apple hari ini telah melepaskan kemas kini terbaru untuk para pengguna iPhone yang mana perisian terbaru ini adalah untuk membaiki isu yang dihadapi pengguna iOS 13.4 apabila segelintir daripada mereka tidak dapat menjawab panggilan FaceTime daripada pengguna iOS 9.3.6 dan sebelum atau OS X El Capitan 10.11.6 dan sebelum.

Selain itu, iOS 13.4.1 turut menampal pepijat pada aplikasi tetapan yang sebelum ini pengguna dilaporkan gagal untuk memilih Bluetooth dari menu pintas di skrin rumah.

Anda boleh muat turun kemas kini terbaru ini di iPhone masing-masing sekarang memandangkan saiz failnya yang kecil iaiatu kurang daripada 80MB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend