iOS 13.1 Mula Dilepaskan Kepada Pengguna iPhone Di Malaysia, Tampal Banyak Pepijat Comments Off on iOS 13.1 Mula Dilepaskan Kepada Pengguna iPhone Di Malaysia, Tampal Banyak Pepijat 256

Apple iOS 13 telah dilepaskan kepada pengguna iPhone di Malaysia pada 20 September lepas. Sistem operasi terkini ini menawarkan sejumlah ciri terbaru yang lebih mesra pengguna. Apa yang diketengahkan ialah kepantasan dan kelancaran sistem peranti. Salah satu tingkat taraf yang paling menyerlah kami perasan adalah pada sistem nyahkunci peranti iaitu FaceID yang kini lebih pantas memberi respon berbanding dahulu.

Meskipun banyak tambah baik telah dilakukan, masih ada kecacatan dalam perisian ini. Misalnya, beberapa hari lepas kami ada maklumkan isu berhubung sambungan WiFi yang bermasalah. Selain itu, kami juga alami isu yang mana aplikasi pra-pasang tertutup secara tiba-tiba (force close) ketika digunakan.

Apple yang sangat cekap mengatasi masalah pengguna kini tampil dengan kemas kini terbaru menerusi iOS 13.1. Dicadangkan, versi terbaru ini wajib bagi pengguna memasangnya kerana berkemungkinan versi ini dapat membaiki pepijat malah bagi pengguna yang masih kekal dengan iOS 12, kini anda selamat untuk mengemas kini peranti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend