iOS 12.1 Beta Sedia Untuk Dimuat Turun, Hadir Dengan Sokongan E-SIM, Emoji Baharu, Dan Mengatasi Isu #ChargeGate Comments Off on iOS 12.1 Beta Sedia Untuk Dimuat Turun, Hadir Dengan Sokongan E-SIM, Emoji Baharu, Dan Mengatasi Isu #ChargeGate

Pada minggu lepas, kami ada berkongsi di Facebook berhubung isu pengecasan yang dihadapi oleh pemilik peranti Apple terutamanya iPhone XS dan juga iPhone XS Max. Bahkan perkara ini telah disahkan benar-benar terjadi oleh youtubers popular iaitu Unbox Therapy, melalui video yang dimuat naiknya di YouTube.

Apa yang lebih mengecewakan, ada di antara pemilik peranti Apple tempatan yang lain seperti model iPhone 8 Plus dan 7 Plus turut melaporkan isu pengecasan yang sangat perlahan. Perkara ini dikatakan terjadi selepas peranti tersebut telah dikemaskinikan ke iOS 12. Sungguhpun begitu, Apple sehingga kini masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu #ChargeGate ini.

Tetapi dalam diam, hari ini Apple telah melepaskan kemas kini iOS 12.1 beta untuk pemilik peranti iOS. Melalui kemas kini itu, ia bukan sahaja mampu mengatasi isu pengecasan yang dihadapi oleh pengguna, malah ia juga turut didatangkan dengan beberapa ciri-ciri menarik lain seperti sokongan e-SIM dan juga penambahan 70 emoji baharu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend