iOS 12.1.4 Sedia Dimuat Turun – Disarankan Kepada Semua Pengguna iPhone 0 403

Isu keselamatan dan pepijat yang membolehkan pemanggil melihat dan mendengar panggilan tidak diangkat menerusi FaceTime berkumpulan kini telah dibaiki. Apple hari ini mengeluarkan kemas kini terbaru iOS 12.1.4 untuk iPhone dan macOS Mojave 10.14.3 untuk Mac.

Apple mencadangkan perisian terbaru ini dimuat turun oleh semua pengguna. Kami pasti peranti iPhone 5s dan ke atas atau Mac anda telah menerima kemas kini ini bermula awal pagi tadi. Perisian ini sekaligus telah menampal kerosakan pada FaceTime dan melalui versi terbaru ini pengguna boleh melakukan FaceTime secara berkumpul seperti sediakala. Ia juga membaiki beberapa masalah pepijat pada versi terdahulu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend