iOS 12.1.2 Dilepaskan – Membaiki Masalah eSIM Dan Sambungan Selular Comments Off on iOS 12.1.2 Dilepaskan – Membaiki Masalah eSIM Dan Sambungan Selular

Apple sangat pantas dalam menangani masalah yang dihadapi pengguna iPhone dan perkara ini tidak dapat dinafikan lagi. Hari ini kemas kini iOS 12.1.2 dilepaskan kepada pengguna iPhone terutamanya iPhone Xs, Xs Max, dan XR.

Versi terbaru ini dikatakan dapat membaiki masalah pepijat semasa pengaktifan eSIM selain menangangi isu sambungan selular yang dihadapi pengguna di Turki. Saiz fail yang perlu dimuat turun tidak besar, oleh itu kita boleh menjangka ia adalah pembaikan kecil sahaja.

Kemas kini iOS 12.1.2 boleh dibuat melalui Over-the-air (OTA) dan seperti biasa untuk mengelakkan sebarang masalah anda memerlukan sambungan WiFi yang kuat serta stabil.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend