iOS 11.3.1 Menyebabkan iPhone Berhadapan Isu Ketahanan Bateri, Masalah Mengecas Dan Peranti Menjadi Panas Comments Off on iOS 11.3.1 Menyebabkan iPhone Berhadapan Isu Ketahanan Bateri, Masalah Mengecas Dan Peranti Menjadi Panas

Apple yang sebelum ini telah memperkenalkan kemas kini terbaru iOS 11.3.1 pada 24 April yang lalu, telah mengambil keputusan untuk menghentikan penawaran versi iOS 11.3 dan ke bawah. Ini bermakna buat masa ini hanya iOS 11.3.1 merupakan satu-satunya versi iOS 11 yang boleh dimuat turun oleh pengguna biasa.

Sekiranya anda sudahpun memasang kemas kini iOS 11.3.1, Forbes telah mendedahkan satu kejutan yang tidak menyenangkan tentang kemas kini tersebut. Melalui laporan pengguna yang telah menaik taraf versi iOS tersebut, iPhone milik mereka berhadapan dengan isu ketahanan bateri yang sangat teruk kerana peratusan bateri akan berkurangan dengan mendadak dalam tempoh yang sangat singkat.

Selain isu ketahanan bateri, ada juga di antara pengguna yang melaporkan bahawa iPhone mereka tidak boleh dicas walaupun selepas menggunakan palam kuasa serta kabel yang asal. Malah lebih memburukkan keadaan, iPhone yang berada dalam mod standby juga turut berhadapan dengan isu kepanasan melampau, sekaligus menyebabkan bateri cepat kehabisan bateri.

Setakat ini, tiada sebarang jalan penyelesaian yang ditemui untuk permasalah yang disebabkan oleh iOS 11.3.1 ini dan ia hanya berlaku pada iPhone sahaja. Jadi diharapkan Apple akan cepat-cepat memperkenalkan kemas kini iOS 11.3.2 ataupun iOS 11.4 bagi mengatasi isu ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend