Internet Percuma 1GB Hanya Kepada Pengguna Celcom, Digi, Maxis, Dan U Mobile Comments Off on Internet Percuma 1GB Hanya Kepada Pengguna Celcom, Digi, Maxis, Dan U Mobile

Siang tadi kita telah mendengar pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) oleh kerajaan yang mana sebanyak RM600 juta akan diagihkan kepada syarikat telco untuk internet percuma kepada rakyat.

Baca: Kerajaan Beri Internet Percuma 1GB Setiap Hari Kepada Semua Sepanjang Tempoh PKP Bermula 1 April

Seperti yang anda tahu, 1GB internet percuma akan diberikan kepada pelanggan telco tetapi semasa Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini beliau tidak menerangkan pengguna telco manakah yang akan menerimanya.

Jadi, melalui kenyataan media oleh SKMM yang terkini, hanya pelanggan prabayar dan pascabayar telco Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile sahaja yang akan menerima manfaat ini.

Data percuma berkelajuan tinggi 1GB itu akan diberikan setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang bermula 1 April 2020 sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Ini juga termasuklah panggilan talian percuma hotline ke Pusat Kesiapsagaan dan Respon Krisis (CPRC Negeri dan Kebangsaan), Pusat Pengurusan Operasi Negara, dan Jabatan Kesihatan Negeri.

SKMM memberitahu, syarikat-syarikat telco juga turut memberi komitmen untuk melabur RM400 juta sehingga suku kedua tahun ini untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi selain meningkatkan rangkaian yang lebih baik di tapak kritikal seperti hospital, agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan, dan pusat-pusat media.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend