Instagram Mungkin Bercadang Untuk Memperkenalkan Sokongan Video Berdurasi Sehingga 60 Minit Comments Off on Instagram Mungkin Bercadang Untuk Memperkenalkan Sokongan Video Berdurasi Sehingga 60 Minit

Wall Street Journal baru-baru ini telah mendedahkan bahawa ada sumber yang boleh dipercayai telah melaporkan bahawa Instagram berkemungkinan besar akan memperkenalkan sokongan video berdurasi sehingga 60 minit (1 jam) untuk pengguna media sosial popular tersebut.

Buat masa ini, pengguna hanya boleh berkongsi video dengan durasi yang sangat pendek iaitu hanya 60 saat sahaja. Malah sumber itu turut mendedahkan Instagram juga merancang untuk tampil dengan sokongan video dalam format menegak bagi membolehkan paparan video disesuaikan dengan skrin telefon pintar.

Instagram juga dipercayai telah membuat pertemuan dengan pihak pembekal dan penerbit kandungan dalam usaha untuk merealisasikan format parapan menegak pada laman sosial Instagram. Sungguhpun begitu, ia masih lagi dalam peringkat perbincangan dan tidak dapat disahkan sama ada Instagram akan memperkenalkan kedua-dua fungsi ini atau tidak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend