Instagram Menafikan Berita Tular Berhubung Isu Menyembunyikan Perkongsian Daripada Pengguna Comments Off on Instagram Menafikan Berita Tular Berhubung Isu Menyembunyikan Perkongsian Daripada Pengguna

Sejak tahun 2018 yang lalu, tular mengenai satu berita yang mendedahkan bahawa Instagram telah menyembunyikan kebanyakan perkongsian (posts) daripada penggunanya di laman sosial popular tersebut. Menurut pendedahan yang dibuat, Instagram dikatakan telah mengehadkan perkongsian yang dihantar oleh pengguna kepada pengikut mereka dan hanya 7% daripada perkongsian itu dapat dilihat.

Perkara ini dikatakan telah memberi impak kepada pemilik akaun Instagram yang menjalankan perniagaan kerana tidak semua perkongsian mereka akan dilihat oleh pengikut akaun tersebut. Namun begitu, hari ini berita tular itu telah dinafikan sendiri oleh pihak Instagram melalui laman Twitter rasminya.

Menurut mereka, perkongsian yang akan dipaparkan terlebih dahulu di ruangan feed pengikut sebenarnya ditentukan secara automatik oleh jenis perkongsian dan juga akaun yang paling kerap mereka berinteraksi. Ia juga turut didorong oleh faktor lain seperti masa perkongsian itu dihantar, kekerapan menggunakan Instagram, dan juga berapa akaun yang diikuti (follow).

Instagram juga turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah membuat sebarang perubahan terhadap kedudukan feed, dan tidak akan sama sekali menyembunyikan perkongsian daripada individu yang diikuti. Bahkan anda akan masih dapat melihat perkongsian itu sekiranya anda terus menatal skrin ke bawah dan feed setiap individu akan berubah dari masa ke semasa bergantung kepada corak penggunaan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend