
Akhirnya kini anda tidak lagi perlu menekan butang unfollow pada akaun Instagram individu tertentu apabila anda tidak mahu perkongsian mereka dari dipaparkan pada ruangan feed Instagram anda. Menurut maklumat yang diterima, Instagram akan memperkenalkan satu fungsi terbaru iaitu ‘Mute’ yang membolehkan anda menyembunyikan post, story atau kedua-duanya sekali tanpa perlu membuang mereka dari senarai ‘following’ anda.
Fungsi baharu yang akan diperkenalkan pada kemas kini terbaru ini dikatakan bakal hadir beberapa minggu dari sekarang dan ia sememangnya praktikal kerana anda sudah tentunya tidak mahu menekan butang ‘unfollow’ ahli keluarga ataupun rakan karib, hanya kerana mereka kerap memuat naik status baru bukan?!